- Proses kekal nombor lama KNL atau dalam bahasa english dipanggil MNP.
- Kebanyakkan pengguna baru mahu mengekalkan nombor lama mereka sebagai syarat untuk menggunakan simkad TWE ini.
- Simkad yg perlu digunakan adalah Simkad MNP. Bukan simkad bernombor.
Terdapat 2 syarat WAJIB untuk proses MNP ini.
i. Nombor telefon tersebut mestilah berdaftar menggunakan ic dia sendiri.
ii. Semua nombor dari telko lain boleh dikekalkan, kecuali daripada Digi sahaja. Nombor Digi tak boleh dikekalkan kedalam simkad Tonewow.
- Jika pelanggan anda memenuhi 2 syarat tersebut, maka anda boleh kekalkan nombor lamanya kedalam simkad tonewow ini.
a. Pertama sekali Save/simpan dahulu nombor telefon Pusat Pengaktifan Simkad (DEC) 011-5907-5555 di dalam contact telefon anda. Kalau anda dah SAVE sebelum ini, tak perlu SAVE dua kali.
b. Kemudian hantarkan 4 maklumat wajib dibawah ini melalui WASAP ke no. DEC
01159075555
1. Gambar IC atau Passport yg original pelanggan anda. Bukan yg photostat.
2. Gambar belakang simkad pelanggan anda.
3. Maklumat bank/akaun number.
Untuk Tonewow memasukkan komisyen kepada pelanggan anda jika suatu hari nanti mereka berminat untuk buat duit juga.
4. No.ID/Lesen ANDA.
-
Pastikan anda masukkan ID/lesen anda IDP TWE-XXXXXXX dengan betul. Kalau tersilap, pelanggan ini akan didaftarkan dibawah ID orang lain. Kesalahan no. ID/Lesen TIDAK DAPAT DIBETULKAN. Jadi pastikan sebelum anda hantar wasap pendaftaran ke DEC, pastikan, pastikan, pastikan no. ID/Lesen anda yg diletakkan adalah BETUL.
5. Nombor telefon lama dan syarikat telco pelanggan anda.
Contoh wasap yg perlu dihantar:

- Selepas permohonan ini dihantar,
DEC akan mengambil alih daripada sini dan membantu anda sedaya upaya sehingga permohonan ini berjaya.
- DEC akan follow-up dan akan check status permohonan tersebut.
- Walau bagaimana pun, untuk pengentahuan umum anda, dibawah ini adalah aturan bagaimana proses MNP akan dilakukan.
PROSES MNP SETERUSNYA:
- DEC atau Digi akan menghantar satu sms pengesahan jika permohonan itu BERJAYA DIHANTAR ke telco lama. Keputusannya bergantung sepenuhnya daripada Telco lama pengguna anda, samada diluluskan atau pun gagal.
- Selepas 1 jam daripada waktu anda terima sms daripada DEC atau Digi, minta pengguna baru anda terus hantarkan satu SMS menggunakan NOMBOR LAMA mereka berpandukan format di bawah ini.

- Pastikan anda ikuti format yang diberikan, kalau jawab YES tu, anda kena ikuti betul2, mana yang perlu taip huruf besar, kena ikut huruf besar, kalau dalam format tu tulis huruf kecil, kena taip huruf kecil. Kena ikut sebiji macam dalam format tersebut.
- Selepas menghantar SMS itu, pelanggan anda perlu tunggu sehingga nombor lamanya tidak boleh digunakan lagi. Biasanya ia mengambil masa daripada 1-48 jam.
- Jika nombor lamanya, tiba2 tiada line lagi, dah expired, bermakna PERMOHONAN KEKAL NOMBOR LAMA telah COMPLETE dan BERJAYA.
- Barulah dia masukkan simkad Tonewow MNP kedalam handphone dan sepatutnya simkad Tonewow ini sudah pun memiliki nombor lama.
- Selagi simkad lama masih boleh digunakan, JANGAN SESEKALI masukkan simkad tonewow lagi, kerana kemungkinan permohonan tidak berjaya atau pun ditolak.
- Jika selepas 48 jam, simkad lama pelanggan anda masih boleh digunakan, ini bermakna permohonan itu GAGAL.
- Sila hubungi semula DEC untuk check punca kegagalan tersebut.
Hubungi DEC untuk pertanyaan:
KLIK DISINI untuk WASAP 01159075555
KLIK DISINI untuk CALL 01159075555
- Atau anda sendiri boleh check status tersebut didalam Mywow anda, klik di Registration, kli di Check MNP Status.

- Apabila permohonan kekal nombor lama berjaya, galakkan pelanggan anda terus topup Digi RM50 dan langgan pakej TDS50 untuk dapatkan Pakej 80Gb dan unlimited call selama sebulan.
Pakej RM50.
😘 Ia dipanggil TDS50
😘 89 Gb Data Internet.
😘 Call KESEMUA rangkaian tanpa limit (Unlimited).
😘 Tahan 32 hari.
Cara melanggan pakej ini.
😘 Dail *128#
😘 Pilih 1 TONE WOW Plan
😘 Pilih 1 Internet, Voice and SMS Plan
😘 Pilih no. pakej TDS50.
✅
PERINGATAN
JANGAN sesekali mendaftarkan pelanggan tanpa persetujuan mereka atau menggunakan ic/passport photstat atau palsu. Perbuatan ini merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Sekiranya pihak berkuasa (Pihak Polis atau SKMM) melakukan siasatan atas kesalahan ini, kami akan menyerahkan proses tersebut kembali kepada anda.
Sekiranya anda sudah faham, sila KLIK DISINI untuk TUTUP bahagian ini.